lawak sengal

sesi gelak tuk menghilangkan stress


1. Super Kentut Di Restoran
Saya berada di sebuah restoran terkemuka di Bangsar di mana tiba-tiba sahaja saya rasa tidak dapat lagi menahan untuk melepaskan gas saya. Ah... memang sudah terdesak sangat ni, tetapi orang di dalam restoran ini ramailah pula.

Dengan orang yang begitu ramai, termasuk awek-awek comel yang sedang makan dan berbual-bual, saya seperti sudah mati akal. Ini mesti hasil dari telur rebus separuh masak yang dimakan petang tadi ni. Lima biji saya hentam tadi. Sah bau mesti hilang akal punya.

Sistem bunyi restoran itu pula memang sangat sangat kuat. Ini menambah lagi seksa derita saya. Tiba-tiba, idea baik datang pada saya. Mengapa saya tidak lepaskan gas beracun saya ini semasa bunyi tengah kuat. Mesti tiada yang perasan nanti. Timing kena baik ni.

Semasa rentak muzik berbunyi kuat, saya pun tanpa segan lagi melepaskan bom super kentut gas beracun saya dengan muka selamba macam tiada apa yang berlaku. Owh lega amat. Nikmatnya. Fuh... Mesti ada yang termuntah ni, hahaha, tapi saya gelak dalam hati je.

Selesai sahaja minum nescafe ais saya tadi, saya dengan pantas bangun untuk balik. Orang ramai semua tengok saya dengan muka semacam. Awek tadi pun ada, baju basah sebab muntah. Saya meraba telinga dan... arghhh... rupanya saya tengah dengar walkman. Memang mampus kali ini... 



2. Jururawat & Pesakit Mental
seorang jururawat pesakit mental mengadu dan melapor pada doktor tentang ragam pesakit mental yang dirawat olehnya.
jururawat : "Doktor, saya sudah tidak tahan lagi dengan ragam pesakit yang di dirawat di bilik no.4!!"
Dokter        : "Kenapa dengan pesakit itu?"
jururawat : "Begini, pesakit pesakit di bilik no.4 itu menganggap dirinya seekor anjing!"
Dokter         : "Apakah dia menggonggong kamu?"
Jururawat : "bagus klu pesakit e2 hanya menggonggong, tp pesakit itu menganggap saya ini sebagai sebatang 
pokok, jd setiap kali saya mendekati dia, dia pasti akan membuang air dkt saya!"


3. Naik Pangkat
Salim secara tiba-tiba dipanggil ke bilik Pengarah.
Pengarah: “Awak tahu kenapa saya panggil kamu ke sinii?”
Salim       : “Tahu tuan, untuk kenaikan pangkat saya kan?”
Pengarah: “Kamu belum setahun di sini, masuk sini kamu jadi Dispatch, seminggu kemudian jadi Sales, sebulan     
 kemudian kamu saya lantik jadi Sales Manager, dan setelah tiga bulan, kamu saya lantik jadi Wakil Pengarah. Bulan ini saya pencen kamu gantikan saya ya?”
Salim        : “Terima kasih tuan….”
Pengarah: “Itu sahaja yang boleh kamu katakan?”
Salim        : “Laaa.., Ayah kan dah janji kelmarin?”



4. Panggilan sayang untuk isteri
Kamal diundang kawannya makan malam. 

Mizal, si tuan rumah,memanggil isterinya dengan kata- kata Sayang... Manis... Cintaku... Sayangku... Kasihku... dan seumpamanya.

Kamal memandang Mizal dan berkata, "Romantis sekali, setelah berpuluh tahun menikah, kautetap memanggil isterimu dgn kata-kata itu."

Mizal mengangkat bahu dan berbisik, "sebenarnya, aku lupa namanya sejak tiga tahun lalu."



sekian untuk kali ini.....

No comments:

Post a Comment